Sains Buktikan Manusia Dicipta Dari Tanah


AL-Quran menyatakan manusia asalnya diciptakan daripada tanah.

Fakta ini disahkan saintis yang mendapati unsur yang terkandung di dalam tanah ada dalam jasad manusia.

Adanya 16 unsur pada jasad manusia sama dengan unsur pada tanah membuktikan benda yang diperlukan oleh tubuh manusia itulah juga bahan yang manusia diciptakan daripadanya.

Walaupun kebenaran penemuan sains boleh dijadikan bukti bagi mereka beriman, tetapi sesetengah golongan masih mengatakan penemuan itu bersifat ilmu semata-mata.

Demikian juga bagi sesetengah golongan yang masih tidak percaya fakta mengatakan kegagalan manusia untuk hadir menyaksikan penciptaannya tidak boleh dijadikan bukti manusia tidak dapat mengetahui mengenai hakikat kejadian dirinya.

Kepada golongan ini al-Quran masih tetap mengisyaratkan mengenai bukti lain yang menunjukkan manusia dicipta secara langsung daripada tanah dalam bentuknya seperti yang ada sekarang bukannya melalui proses evolusi.

Bukti yang disyaratkan oleh al-Quran supaya menjadi bahan pemikiran dan pengamatan terhadap hakikat kejadian manusia ialah bukti yang disorot daripada fenomena maut.

# Mati adalah satu kebenaran yang pasti, tidak dapat dinafikan dan diragui manusia. Walaupun sesetengah manusia belum merasai sendiri, dari penyaksian dan pengalaman yang berlaku kepada manusia terdekat, memberikan suatu keyakinan mengenainya.

# Hakikat mati yang yakin dan pasti ini adalah ciptaan dan kekuasaan Allah Maha Pencipta. Dialah Allah yang mencipta hidup dan mati.

Bagi manusia yang tidak percaya mati itu ciptaan-Nya, tetapi dari perbuatan penyakit atau bahaya lain, Allah mencabar mereka agar mencari benteng kota yang dapat mengelak diri daripada maut.

Allah juga mencabar manusia agar mengembalikan semula nyawa atau rohnya sewaktu malaikat mula mencabutnya sampai ke halkumnya.

Cabaran Allah seperti yang dikatakan dalam al-Quran tetap tidak dapat dilakukan oleh manusia sejak zaman Nabi Adam hinggalah sekarang, bahkan sampai bila-bila pun manusia tidak mampu.

Adalah mustahil sama sekali bagi manusia untuk berjaya dalam menyahut cabaran Allah kerana Allah jua yang mencipta mati dan hidup.

Penyebab kepada mati bukan yang mencipta mati, tetapi ia berlaku hanya dengan iradah (kehendak) Allah.

Yang pasti fenomena mati mustahil manusia dapat mengelaknya, sekalipun mempunyai mercu ketinggian ilmu yang canggih.

Fenomena mati adalah lawan kepada fenomena hidup. Sebagaimana fenomena hidup itu tergambar pada adanya daya pergerakan, demikian juga pada fenomena mati tergambar pada adanya gejala diam.

Jika fenomena hidup itu dapat dilihat melalui gejala tumbuh dan subur, demikian juga pada fenomena mati, adanya gejala rosak dan musnah.

Sebagaimana titik awal selepas kekosongan itu menjadi permulaan bagi kehidupan, demikian juga akhir penghujung kepada kehidupan itu titik awal kepada kematian. Atau dengan perkataan lain, akhir penghujung hidup itulah mulanya titik awal mati.

Walaupun manusia tidak melihat bahan asal kejadian dirinya, manusia dapat mengetahui bahan asal kejadiannya melalui proses kematiannya yang pasti berakhir kembali ke titik awal dalam proses kejadiannya.

Jika hakikat yang nyata dan jelas ini masih dikatakan suatu kebetulan, tidak lain dan tidak bukan apa yang dikatakan kebetulan itu hanyalah semata-mata sebagai alasan kepada keingkaran.

Iklan

4 pemikiran pada “Sains Buktikan Manusia Dicipta Dari Tanah

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s